Cerai Hakam
Asalamualaikum semua😊
Harini Ladyboss nak share satu benda yang boleh dikatakan viral selepas kes cerai Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. It's about cerai hakam. Mungkin ramai yang tak tahu what is cerai hakam. Cerai Hakam is adalah jalan paling selamat berbanding Fasakh.
Cerai Hakam perlu dimulakan dengan tuntutan cerai seksyen 47 (Cerai Persetujuan Bersama), cuma perlu bagi sebab berlakunya syiqaq yang berpanjangan. Sebagai contoh, suami selalu bercakap kasar, isteri selalu hidup dalam tekanan mental😧. Suami taknak cerai tetapi isteri tetap nak cerai! Fasakh akan ditubuhkan untuk mendamaikan dan kalau tetap taknak berbaik, hakam berkuasa jatuhkan talak walaupun tanpa persetujuan suami. Hakam mengsmbil masa 4-6 bulan.
Macam Ladyboss cakap, cerai hakam ni dimulakan dengan tuntutan cerai Seksyen 47(Cerai Persetujuan Bersama). Jika dia tidak setuju, kes akan diteruskan dengan Jawatankuasa Pendamai (JKP). JKP ni akan dijalankan di Pejabat Agama. Fungsi JKP adalah untuk mendamaikan pihak-pihak.
Jika JKP gagal mendamaikan, maka kes akan diteruskan dengan Seksyen 48 (Hakam). Hakam ni ada 2 peringkat iaitu Hakam Keluarga dan Hakam Mahkamah. Hakam Keluarga berfungsi untuk menyiasat syiqaq dan mendamaikan pihak-pihak. Kalau gagal mendamaikan, maka Hakam Keluarga boleh meminta suami melafazkan cerai. Kalau suami enggan melafazkan cerai, maka mahkamah akan melantik Hakam Mahkamah. Hakam Mahkamah ni akan menyiasat punca perceraian daripada siapa. Jika dari isteri, maka perceraian secara tebus talak. Kalau punca dari suami, maka Hakam akan lafazkan cerai bagi pihak suami.
Untuk pengetahuan semua, Ladyboss dalam proses menunggu untuk Hakam Mahkamah. Sepanjang perkahwinan, Ladyboss mengalami tekanan mental yang sangat dahsyat sehingga Ladyboss mengalami keguguran. Anak dalam kandungan Ladyboss tiada denyutan jantung secara tiba-tiba. Mungkin angkara stress yang berpanjangan. Sejak itu, Ladyboss tekad untuk membawa diri daripada duduk dalam tekanan. Mungkin daripada situ, Ladyboss mengalami anxiety. Doakan segala urusan Ladyboss di mahkamah dipermudahkan ye😄 Doakan Ladyboss keluar dari toksik tekanan ni ye.
Ulasan
Catat Ulasan